the avengers edit. cool :)
(Source: lemmyleyra)
Love doesn’t just sit there , like a stone ; it has to be made, like bread; remade all the time, MADE NEW.

Tertamatlah. Masa sudah suntuk . Kamu makin cantik. Aku makin sibuk . Kamu perlu balik. Balik lah ke tempat dari mula kau tunggu dulu. Kamu tunggu yang budiman, yang rupawan, yang ilmuwan , agamawan . Lama kamu termanggu. Rasa tepuk sebelah dulu kamu dah buang. Datang pula sebaik sejenismu menjadi kawan . Mula tersayangkan , ada harapan dan sekali lagi, kamu ditinggalkan . Tak mengapa, bukan ada perasaan berlebihan , cuma kehilangan seorang yang selalu meneman. Cerita dulu itu- kata kamu.
Dan waktu tempat berkumpul beramai khidmat itu menjadi saksi. seorang aku mula mengusik kamu. bertanya ini itu. Mula mengambil tahu , dan mula menjentik sanubari kamu . Dia meminta, mencuba dan akhirnya kamu menerima si Aku itu. Sayangnya, rasa rapat setahun , rasa sayang 12 bulan dan penghargaan berminggu itu telah mula hilang. si Aku sedar kamu budak baik yang sangat mengharapkan, dan dia seorang yang tidak mahu terus menyalah diri, menyeksa kamu . Dia kehilangan rasa atas segala rasa yang telah dicuba. Dia tidak layak menerima cinta kamu . Kamu letak dia sebagai seorang pemimpin. dan dia sedar dia bukan sewajarnya menjadi sandaran. Maaflah kesayangan , kamu masih awal berjalan, pergi balik ! Balik ke lembah fitrah mu . Jangan dicuba jalan ini lagi . Jalan yang terang salahnya . Doakan kawan kamu yang tak setia itu, yang lari segera itu.
Mungkin hari ini kamu nampak tak setianya dia, tak amanahnya dia. kelak kamu tahu apa yang dia sedang fikir untuk kamu. Ada orang lebih baik layak untuk kamu , sedarlah itu.
Aku kata apa tadi ? Baliklah . Ke sana , di lorong kanan . Tempat sebetulnya disuruh Tuhan .
Teruslah ke arah kebaikan. Maaflah dia untuk silap salah .
tapi..
dia nekad.
p/s: kawan pun ok what ?
Ini Kisahku Catriona Ross (by sriwasilah)
![]()